Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210509

Published: 09 May 2021 10.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 69,486 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210509
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:58 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 69,486 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,322 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,935 anggota telah membuat pemantauan di 4,602 pasaraya, restoran (5,032), kilang (3,420), bank (4,294), pejabat kerajaan (946) dan penjaja (3,912). Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,513), tempat ibadah (3,392), tempat riadah (1,681), terminal pengangkutan darat (2,569), terminal pengangkutan air (297) dan terminal pengangkutan udara (96).

Semalam, 493 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 480 individu dikompaun manakala 13 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (214)
- Aktiviti pusat hiburan (16)
- Tidak memakai pelitup muka (84)
- Tiada penjarakan fizikal (52)
- Lain-lain (127)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (9 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 09 May 2021 10.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM