Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210430

Published: 30 Apr 2021 12.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,291 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210430
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:17 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,291 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,356 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,600 anggota telah membuat pemantauan di 4,709 pasar raya, restoran (5,265), kilang (1,779), bank (3,812), pejabat kerajaan (1,123) dan penjaja (4,694).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,203), tempat ibadah (3,465), tempat riadah (1,630), terminal pengangkutan darat (1,331), terminal pengangkutan air (382) dan terminal pengangkutan udara (126).

Semalam, 420 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 417 individu dikompaun manakala tiga (3) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tiada penjarakan fizikal (188)
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (162)
- Tidak memakai pelitup muka (48)
- Lain-lain (22)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (30 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 30 Apr 2021 12.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM