Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210325

Published: 25 Mar 2021 9.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,134 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210325
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,134 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,866 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,934 anggota telah membuat pemantauan di 5,571 buah restoran, pasar raya (7,122), bank (4,316), penjaja (2,953), pasar awam/tani (2,487), kilang (2,215) dan pejabat kerajaan (1,134).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,409), tempat riadah (1,695), terminal pengangkutan darat (1,472), terminal pengangkutan air (424) dan terminal pengangkutan udara (112).

Semalam, seramai 41 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 28 dikompaun manakala 13 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24)
- Tidak memakai pelitup muka (7)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (5)
- Tiada penjarakan fizikal (2)
- Lain-lain (3)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (25 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of one or more people, people standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbita
ArticlePublished 25 Mar 2021 9.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM