
Artikel
#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,822 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,822 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,167 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,492 anggota telah membuat pemantauan di 6,217 buah restoran, pasar raya (4,314), bank (3,923), penjaja (2,578), pasar awam/tani (2,121), kilang (1,709) dan pejabat kerajaan (866).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,021), tempat riadah (2,083), terminal pengangkutan darat (1,417), terminal pengangkutan air (527) dan terminal pengangkutan udara (223).
Semalam, seramai 442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 430 dikompaun, sembilan (11) direman manakala tiga (1) lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (71)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (80)
- Tiada penjarakan fizikal (88)
- Aktiviti Pusat Hiburan (144)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (38)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (8)
- Keluar rumah tanpa alasan munasabah (2)
- Lain-lain (11)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (8 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: