Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210306

Published: 06 Mar 2021 10.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,131 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210306
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:30 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,131 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,292 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,113 anggota telah membuat pemantauan di 5,780 buah restoran, pasar raya (4,423), bank (4,236), penjaja (2,165), pasar awam/tani (2,439), kilang (1,410) dan pejabat kerajaan (1,041).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,840), tempat riadah (1,607), terminal pengangkutan darat (1,426), terminal pengangkutan air (315) dan terminal pengangkutan udara (200).

Semalam, seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 193 dikompaun, sembilan (9) direman manakala tiga (3) lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (70)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (62)
- Tiada penjarakan fizikal (25)
- Aktiviti Pusat Hiburan (18)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (16)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (6)
- Keluar rumah tanpa alasan munasabah (4)
- Lain-lain (4)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (6 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 06 Mar 2021 10.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM