
Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210304
Semalam, sebanyak 3,495 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,082 anggota telah melakukan 68,717 pemeriksa...
Semalam, sebanyak 3,495 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,082 anggota telah melakukan 68,717 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
Sebanyak 6,006 restoran, 4,479 pasar raya, 4,172 bank, 3,976 tempat ibadah, 2,611 penjaja, 1,716 kilang, 1,529 pasar awam/tani, 1,513 tempat riadah dan 1,130 pejabat kerajaan telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 499 individu atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, 492 telah dikompaun manakala empat (4) individu direman dan tiga (3) dijamin.
Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:
- Aktiviti pusat hiburan (134)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (86)
- Tidak memakai pelitup muka (62)
- Tiada penjarakan fizikal (58)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (28)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (27)
- Lain-lain (104)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (4 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN