Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 21 Feb 2021 10.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,696 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210221
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,696 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,060 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,109 anggota telah membuat pemantauan di 5,894 buah restoran, pasar raya (4,514), bank (4,217), penjaja (2,697), pasar awam/tani (2,142), kilang (1,673) dan pejabat kerajaan (733).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,733), tempat riadah (1,680), terminal pengangkutan darat (2,044), terminal pengangkutan air (320) dan terminal pengangkutan udara (104).

Semalam, seramai 493 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 484 dikompaun manakala sembilan (9) lagi individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (133)
 Tiada penjarakan fizikal (132)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (117)
 Tidak memakai pelitup muka (70)
 Aktiviti Pusat Hiburan (15)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (13)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (5)
 Aktiviti Sukan (2)
 Lain-lain (6).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (21 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/

https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21022021

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2021 10.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM