
Artikel
#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 57,918 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Pros...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 57,918 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 2,910 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 14,071 anggota telah membuat pemantauan di 4,212 pasar raya, 5,630 restoran serta 2,385 penjaja, 1,570 kilang, 3,650 bank dan 664 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,017 terminal pengangkutan darat, 268 terminal pengangkutan air serta 76 terminal pengangkutan udara.
Semalam, seramai 877 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 806 telah dikenakan kompaun manakala 71 direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (253)
Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (177)
Aktiviti pusat hiburan (101)
Tidak memakai pelitup muka (98)
Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82)
Lain-lain (166).
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (14 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN