Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210207

Published: 07 Feb 2021 10.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 73,664 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210207
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:27 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 73,664 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 2,942 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,337 anggota telah membuat pemantauan di 6,000 buah restoran, pasar raya (3,976), bank (3,717), penjaja (2,632), kilang (1,604) dan pejabat kerajaan (660).

Turut dipantau ialah 1,159 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (256) dan terminal pengangkutan udara (95).
Semalam, seramai 789 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 764 dikompaun, 21 individu direman manakala empat (4) lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (191), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (160), tiada penjarakan fizikal (110), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (128), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (41), keluar rumah tanpa alasan munasabah (23) dan lain-lain (136).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (7 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArticlePublished 07 Feb 2021 10.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM