
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 2,841 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,690 anggota telah membuat pemantauan di 5,203 buah restoran, pasar raya (3,565), bank (3,347), pejabat kerajaan (3,015), penjaja (1,897) dan kilang (1,437). Turut dipantau ialah 950 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (81).
Semalam, seramai 826 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 776 dikompaun manakala 50 individu direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248).
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (1 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN