
#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: TINJAUAN PENUGASAN SJR PKP DIPERGIAT
Hulu Selangor, 4 Februari 2021 – Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim melakukan pemantauan penugasan sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, kelmarin.
Selain memastikan para pegawai dan anggota memahami dan mempraktikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang kesedaran kuarantin kendiri.
Sumber: Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN