
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Terima Kasih Ustaz Ebit Lew Atas Sokongan Berterusan Kepada Frontliners
Petaling Jaya, 20 Januari 2021 – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberi sumbangan makanan dan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Mala...
Petaling Jaya, 20 Januari 2021 – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberi sumbangan makanan dan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, sumbangan itu diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, IPD Sungai Buloh dan Balai Polis Tun H.S Lee sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan.
“Tadi ziarah beberapa balai polis dan hadiahkan mereka 500 bungkus ayam goreng KFC dan 25,000 keping pelitup muka. Beri sedikit kata semangat dan doa.
“Terharu dan terkesan dengan pengorbanan anggota. Mereka ‘frontliner’ negara kita. Hanya Allah SWT yang balas jasa dan pengorbanan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Dalam perkongsian itu, beliau juga melahirkan penghargaan kepada warga PDRM yang menyambut baik kedatangannya.
Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.