Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Senjata Api Dibuang Di Sungai Skudai Dipercayai Untuk Dilupuskan

Diterbitkan: 14 Jan 2021 2.39 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 14 Januari 2021 - Penemuan sejumlah senjata api di Sungai Skudai, di sini, pada 1 Januari lepas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di sini, dipercayai bertujuan untuk dilupuskan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-posting-pilihan-senjata-api-dibuang-di-sungai-skudai-dipercayai-untuk-dilupuskan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:58 MYT
Johor Bahru, 14 Januari 2021 - Penemuan sejumlah senjata api di Sungai Skudai, di sini, pada 1 Januari lepas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di sini, dipercayai bertujuan untuk dilupuskan.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, senjata api berkenaan dipercayai merupakan saki baki senjata api yang disembunyikan seorang lelaki tempatan, iaitu pengurus syarikat keselamatan berusia 47 tahun yang sudah ditahan di Kota Tinggi atas kesalahan memiliki senjata dan amunisasi, pada Ogos lepas.

Beliau berkata, pengurus yang merupakan anak individu bergelar 'Datuk' itu, sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Oktober lepas, dan kesnya itu masih dalam perbicaraan.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati seorang daripada 20 suspek yang ditahan PGA Briged Tengah susulan penemuan senjata api di Sungai Skudai tersebut, iaitu seorang lelaki berumur 38 tahun yang merupakan pengurus syarikat alatan perkhemahan, didapati merupakan adik kepada suspek utama tersebut.

Dato' Ayob Khan berkata, tujuh senjata api ditemui di sungai berkenaan pada 1 Januari lepas, yang mana hanya satu yang asli iaitu sepucuk pistol semi auto manakala enam lagi merupakan laras Rifle Airsoft pelbagai jenis yang menyerupai senjata sebenar.

Sumber:
BERNAMA
dan Polis Johor
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


Image may contain: 4 people

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people

Image may contain: text that says 'RAMPASAN BARANG KES S POLIS JOHOR LOKASI DI SUNGAI SKUDAI JALAN PERKASA 2118 TAMPOI JOHOR (UNIT SELAM PASUKAN POLIS MARI

No photo description available.

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2021 2.39 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM