
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Senjata Api Dibuang Di Sungai Skudai Dipercayai Untuk Dilupuskan
Johor Bahru, 14 Januari 2021 - Penemuan sejumlah senjata api di Sungai Skudai, di sini, pada 1 Januari lepas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di si...
Johor Bahru, 14 Januari 2021 - Penemuan sejumlah senjata api di Sungai Skudai, di sini, pada 1 Januari lepas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di sini, dipercayai bertujuan untuk dilupuskan.
Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, senjata api berkenaan dipercayai merupakan saki baki senjata api yang disembunyikan seorang lelaki tempatan, iaitu pengurus syarikat keselamatan berusia 47 tahun yang sudah ditahan di Kota Tinggi atas kesalahan memiliki senjata dan amunisasi, pada Ogos lepas.
Beliau berkata, pengurus yang merupakan anak individu bergelar 'Datuk' itu, sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Oktober lepas, dan kesnya itu masih dalam perbicaraan.
Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati seorang daripada 20 suspek yang ditahan PGA Briged Tengah susulan penemuan senjata api di Sungai Skudai tersebut, iaitu seorang lelaki berumur 38 tahun yang merupakan pengurus syarikat alatan perkhemahan, didapati merupakan adik kepada suspek utama tersebut.
Dato' Ayob Khan berkata, tujuh senjata api ditemui di sungai berkenaan pada 1 Januari lepas, yang mana hanya satu yang asli iaitu sepucuk pistol semi auto manakala enam lagi merupakan laras Rifle Airsoft pelbagai jenis yang menyerupai senjata sebenar.
Sumber:
BERNAMA
dan Polis Johor HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN