Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Proklamasi Darurat Perlu Dihormati Kpn
Petaling Jaya, 18 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sekali-kali mengeksploitasi pengisytiharan darurat untuk sebarang tujuan bercanggah de...
Petaling Jaya, 18 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sekali-kali mengeksploitasi pengisytiharan darurat untuk sebarang tujuan bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan tersebut dan menegaskan Proklamasi Darurat wajar dihormati semua pihak demi keselamatan negara.
Menurut beliau, keputusan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu dibuat setelah mengambil kira segala hal terutamanya berhubung penularan COVID-19 yang semakin meningkat.
“PDRM tidak sewenang-wenangnya mengeksploitasi pengisytiharan darurat ini untuk tujuan yang bercanggah dengan undang-undang negara, jadi mana-mana pihak tidak perlu risau wujudnya sebarang salah guna kuasa dalam tempoh ini.
“Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengkritik Proklamasi Darurat ini, kita akan kaji aspek kritikannya. Jika dilihat kritikannya melanggar undang-undang, kita akan siasat,” katanya.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.
