Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Polis Kelantan Guna Khidmat Mpv Dan Urb Pantau Pelajar Selepas Waktu Sekolah

Published: 24 Jan 2021 11.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 24 Januari 2021 - Polis Kelantan akan memantau pelajar sekolah melalui khidmat Unit Kereta Peronda (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi walaupun selepas tamat waktu sekolah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-posting-pilihan-polis-kelantan-guna-khidmat-mpv-dan-urb-pantau-pelajar-selepas-waktu-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
 
Kota Bharu, 24 Januari 2021 - Polis Kelantan akan memantau pelajar sekolah melalui khidmat Unit Kereta Peronda (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi walaupun selepas tamat waktu sekolah.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan menggunakan khidmat Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di seluruh negeri untuk bekerjasama dengan pihak sekolah mengenai perkara berkenaan.

Katanya, pematuhan SOP ketika di dalam sekolah sudah memuaskan namun apa yang dibimbangkan ialah suasana selepas tamat waktu sekolah apabila dikhuatiri pelajar membuka pelitup muka atau berkumpul sesama mereka.

"Jadi, dengan adanya kehadiran polis di sekitar sekolah dapat memberi peringatan kepada mereka untuk terus patuh SOP, dan anggota bertugas akan memantau 10 minit sebelum dan 10 minit selepas waktu persekolahan sehingga keadaan dilihat lengang.

"Memandangkan di Kelantan terdapat sehingga 175 sekolah menengah dan pihak polis menghadapi kekangan, pelaksanaan tugasan khidmat MPV atau URB perlu diatur secara baik agar setiap sekolah dapat dikawal.

Sumber: Berita Harian dan Polis Kontinjen Kelantan

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, standing and on stage

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, people walking and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

ArticlePublished 24 Jan 2021 11.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM