
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Pengarah Jsjk Turun Padang Tinjau Petugas Sjr Di Lapangan
Kajang, 6 Mei 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob meluangkan masa meninjau sekatan jalan raya (SJR)...
Kajang, 6 Mei 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob meluangkan masa meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Kajang, di sini, semalam.
Selain memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard, CP Dato' Zainuddin turut memberikan kata-kata semangat buat para petugas barisan hadapan agar terus komited dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti dan dedikasi. Beliau juga tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama para petugas.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Ketua JSJK Selangor, ACP Tuan Muhammad Yazid Muhammad Yew, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah.
Sumber: Polis Selangor
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN