Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Lebih 1 300 Kenderaan Diarah Berpatah Balik Semalam

Diterbitkan: 10 May 2021 2.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan,10 Mei 2021 - Sejumlah 1,333 kenderaan yang cuba merentas negeri di seluruh negara telah diarahkan berpatah balik semalam, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-posting-pilihan-lebih-1-300-kenderaan-diarah-berpatah-balik-semalam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:21 MYT
Kuantan,10 Mei 2021 - Sejumlah 1,333 kenderaan yang cuba merentas negeri di seluruh negara telah diarahkan berpatah balik semalam, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar.

Beliau berkata terdapat daripada mereka yang melalui sekatan jalan raya (SJR) dengan borang kebenaran yang tidak mempunyai tandatangan dan cap daripada pihak polis.

“Mereka ini ada yang mencuba nasib, mungkin mereka rasa ada anggota polis yang akan terlepas pandang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau SJR di Tanjung Lumpur di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Tuan Mohamad Noor Yusof Ali.

Beliau berkata sebanyak 361 SJR telah dilaksanakan susulan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis bermula hari ini membabitkan lebih 6,500 anggota pasukan itu di seluruh negara.

Katanya, menerusi SJR polis mengesan pelbagai taktik dan helah dilakukan oleh masyarakat antaranya menggunakan pas kerja untuk melepasi sekatan polis sedangkan mereka hendak pulang ke kampung untuk beraya selain tidak mempunyai surat kebenaran polis.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1960751

ArtikelDiterbitkan 10 May 2021 2.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM