
Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpn Santuni Warga Ipd Jasin
Jasin, 8 Februari 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dalam satu law...
Jasin, 8 Februari 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyantuni warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dalam satu lawatan yang diadakan di sini, hari ini.
Kehadiran Tan Sri Abdul Hamid antaranya bagi meninjau keperluan kebajikan, tahap kesiapsiagaan dan menyuntik semangat para pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.
Sepanjang lawatan, beliau sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan yang diamalkan dan mengingatkan semua warga IPD agar sentiasa menjaga kebersihan serta keselamatan diri.
Selain ibu pejabat, Tan Sri Abdul Hamid turut mengunjungi balai-balai, pondok polis dan kuarters kediaman warga IPD Jasin.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN