Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Dua Sindiket Pelaburan Palsu Tumpas Rm3 6 Juta Dirampas

Published: 05 Feb 2021 12.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 Februari 2021 - Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pelaburan palsu yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda membabitkan nilai rampasan berjumlah RM3.6 juta dalam dua serbuan bermula 1 Februari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-posting-pilihan-dua-sindiket-pelaburan-palsu-tumpas-rm3-6-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Kuala Lumpur, 5 Februari 2021 - Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pelaburan palsu yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda membabitkan nilai rampasan berjumlah RM3.6 juta dalam dua serbuan bermula 1 Februari lalu.

Menerusi dua hari serbuan itu, seramai 16 suspek terdiri daripada 13 lelaki dan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 20 hingga 62 tahun berjaya diberkas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, serbuan pada 3 Februari melibatkan sindiket penipuan pelaburan Kripto Emas Fintech yang menawarkan pulangan lumayan antara 10 hingga 15 peratus setiap bulan kepada pelabur.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit beroperasi hanya dalam tempoh sembilan bulan bermula April 2020 hingga Disember lalu.

“Sindiket itu didapati menggunakan platform dagangan matawang kripto dan turut mendakwa menjalin kerjasama dagangan dengan ‘Exchanger’ terkenal seperti Binance, Liquid, Kraken dan Okcoin bagi meyakinkan pelabur,” ujarnya dalam sidang akhbar di pejabat JSJK di sini, hari ini.

Dalam pada itu, serbuan kedua pula berjaya menumpaskan sindiket penipuan ‘Pelaburan Iskandar Investment’ yang menjanjikan keuntungan dalam masa 24 jam di platform laman sosial facebook.

Katanya, sindiket tersebut menawarkan tiga pakej kepada pelabur iaitu gold, premium dan platinum dengan nilai pelaburan bermula pada harga RM350 hingga RM2,350 dengan pulangan mampu mencecah sebanyak RM49,450.


May be an image of 2 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'KELUARG IA KOME SIL'

No photo description available.

May be an image of 1 person and text that says 'POLIS DIRAJA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL ARAS 33, MENARA J,JALAN TUN RAZAK, 50400, KUALA LUMPUR TELEF
ArticlePublished 05 Feb 2021 12.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM