Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Polisdanmasyarakatberpisahtiada Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Hulur Bantuan Kepada Suri Rumah Yang Terpaksa Mencuri Ubat Ke

Published: 21 Jan 2021 8.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 21 Januari 2021 - Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal mengunjungi dan menghulurkan bantuan makanan serta barangan harian kepada seorang suri rumah yang ditahan kerana mencuri ubat untuk anaknya di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-polisdanmasyarakatberpisahtiada-posting-pilihan-kpd-petaling-jaya-hulur-bantuan-kepada-suri-rumah-yang-terpaksa-mencuri-ubat-ke
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:29 MYT
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Polisdanmasyarakatberpisahtiada Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Hulur Bantuan Kepada Suri Rumah Yang Terpaksa Mencuri Ubat Ke
Home / Article / Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Polisdanmasyarakatberpisahtiada Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Hulur Bantuan Kepada Suri Rumah Yang Terpaksa Mencuri Ubat Ke
Back to Library
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Polisdanmasyarakatberpisahtiada Posting Pilihan Kpd Petaling Jaya Hulur Bantuan Kepada Suri Rumah Yang Terpaksa Mencuri Ubat Ke

Petaling Jaya, 21 Januari 2021 - Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal mengunjungi dan menghulurkan bantuan makanan serta barangan...
Petaling Jaya, 21 Januari 2021 - Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal mengunjungi dan menghulurkan bantuan makanan serta barangan harian kepada seorang suri rumah yang ditahan kerana mencuri ubat untuk anaknya di sini, hari ini.

Tuan Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu yang mencuri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.

"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini”, katanya menerusi video yang disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Tuan Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN



Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people
ArticlePublished 21 Jan 2021 8.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM