Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Warga Asing Cuba Rasuah Polis Untuk Rentas Negeri Membawa Padah

Diterbitkan: 07 Feb 2021 2.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bentong, 7 Februari 2021 - Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memberi rasuah kepada polis bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri membawa padah apabila dia ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-warga-asing-cuba-rasuah-polis-untuk-rentas-negeri-membawa-padah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:50 MYT
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Warga Asing Cuba Rasuah Polis Untuk Rentas Negeri Membawa Padah
Laman Utama / Artikel / Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Warga Asing Cuba Rasuah Polis Untuk Rentas Negeri Membawa Padah
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Warga Asing Cuba Rasuah Polis Untuk Rentas Negeri Membawa Padah

Bentong, 7 Februari 2021 - Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memberi rasuah kepada polis bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri membawa padah a...

Bentong, 7 Februari 2021 - Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memberi rasuah kepada polis bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri membawa padah apabila dia ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi semalam itu suspek yang bekerja sebagai buruh binaan cuba memberi sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Tinggi di sini.

"Warga asing itu datang ke Balai Polis Bukit Tinggi untuk mendapatkan permit pergerakan merentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur tetapi selepas meneliti dokumen sokongan, permohonan lelaki itu ditolak.

"Lelaki berusia 28 tahun itu memberi wang sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis iaitu Sarjan Mejar Maznan Omar, Koperal Suhaimi Abdul Rahim, Koperal Dully Dampa dan Lans Koperal Muhamad Syafik Muhamaf Saari untuk meluluskan permohonannya," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2021 2.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM