Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Waragainstdrugs Artikel Pilihan Kes Seludup Dadah Pati Di Sempadan Menurun Kp Kelantan

Published: 02 Feb 2021 10.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 2 Februari 2021 - Statistik kes penyeludupan dadah dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) melalui sempadan Kelantan-Thailand pada tahun 2020 menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-waragainstdrugs-artikel-pilihan-kes-seludup-dadah-pati-di-sempadan-menurun-kp-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:33 MYT
 
Kota Bharu, 2 Februari 2021 - Statistik kes penyeludupan dadah dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) melalui sempadan Kelantan-Thailand pada tahun 2020 menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat.

Beliau berkata, penurunan dari segi tangkapan dan rampasan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas, termasuk penutupan pintu sempadan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.

“Kalau sebelum PKP, mereka (penyeludup dadah dan pendatang tanpa izin) bebas bergerak tetapi dalam tempoh PKP dengan banyak sekatan jalan raya (SJR) beroperasi di seluruh negara menyebabkan pergerakan mereka cukup terhad,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Memperincikan statistik sindiket penyeludupan dadah, Dato’ Shafien berkata, sebanyak 10,905 kes dengan nilai rampasan RM52 juta membabitkan tangkapan seramai 13,852 individu direkodkan pada tahun lepas.

Bagi 2019 pula katanya, sebanyak 12,819 kes penyeludupan dadah dicatatkan melibatkan nilai rampasan RM94 juta manakala tangkapan seramai 15,531 individu.
“Sebanyak 97 peratus tangkapan membabitkan orang Melayu dan lebih menyedihkan ia melibatkan juga golongan remaja lelaki. Umur antara 25 hingga 29 tahun adalah kumpulan paling tinggi ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan dadah.

“Bagi penglibatan wanita pula tidak begitu tinggi, kira-kira 10 peratus, cuma kebanyakan mereka terbabit dalam kegiatan ini kerana menjadi sampingan kepada teman lelaki mereka,” katanya ketika ditanya kategori umur dan jumlah pembabitan lelaki serta wanita dalam kes penyeludupan dadah di Kelantan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1927650

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 02 Feb 2021 10.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM