Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 1 050kg Daun Ketum

Diterbitkan: 17 Jan 2021 12.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kangar, 17 Januari 2021 - Sebanyak 1,050 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM31,500 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, selepas menahan seorang lelaki dalam dua serbuan berasingan di Kuala Perlis, di sini, pada Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-1-050kg-daun-ketum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT

Kangar, 17 Januari 2021 - Sebanyak 1,050 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM31,500 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, selepas menahan seorang lelaki dalam dua serbuan berasingan di Kuala Perlis, di sini, pada Selasa lalu.

Operasi ‘Op Bersepadu Benteng COVID Kawalan Keselamatan Sempadan Darat Malaysia-Thailand' yang membabitkan anggota risikan dari Batalion 18 PGA turut dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Balai Polis Kuala Perlis, Agensi Kawalan Keselamatan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis dan Pasukan Polis Marin Daerah Kuala Perlis.

Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata dalam serbuan jam 5 pagi di tepi sungai Kampung Tengah, Kuala Perlis itu, anggota pasukan telah mengesan longgokan plastik hitam di atas sebuah pelantar di situ.

"Berdekatan pelantar tepi sungai kampung berkenaan, anggota bertugas ternampak 82 longgokan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum.

"Mereka menunggu dan membuat pemerhatian, namun tiada individu yang menghampiri atau mengambil bungkusan itu dan pemeriksaan selanjutnya ke atas longgokan plastik hitam itu mendapati di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum dianggarkan seberat 820kg," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2021 12.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM