Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Briged Tenggara Rekod Rampasan Barangan Seludup Rm60 7 Juta

Published: 17 Feb 2021 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rantau Panjang, 17 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara yang melakukan penugasan Op Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya merekodkan pelbagai rampasan barangan seludup bernilai RM60.7 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-briged-tenggara-rekod-rampasan-barangan-seludup-rm60-7-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:25 MYT
Rantau Panjang, 17 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara yang melakukan penugasan Op Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya merekodkan pelbagai rampasan barangan seludup bernilai RM60.7 juta.

Kejayaan itu dirakamkan tahun lalu oleh tiga pasukan di bawah naugan Briged Tenggara iaitu PGA Batalion 7 Kuantan, Batalion 8 Pengkalan Chepa dan Batalion 9 Kuala Terengganu.

Komander PGA Briged Tenggara, SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 800 kes berkait dengan aktiviti penyeludupan telah berjaya dipatahkan sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 52 peratus.

"Pada tahun 2019, kita hanya berjaya merekodkan tangkapan sebanyak 526 kes sahaja.

"Kes melibatkan Akta Dadah Berbahaya telah mencatatkan nilai rampasan terbesar iaitu RM19.8 juta (111 kes) diikuti rampasan melalui Akta Kastam sebanyak RM 19.7 juta dan Akta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebanyak RM6.5 juta," katanya pada Selasa.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 17 Feb 2021 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM