Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Bongkar Sindiket Seludup Rokok Guna Kereta Mewah

Published: 03 Mar 2021 4.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 3 Mac 2021 - Rangkaian penyeludup rokok kini lebih licik apabila menggunakan kenderaan mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Vellfire dalam proses penghantaran rokok di seluruh negara bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-bongkar-sindiket-seludup-rokok-guna-kereta-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT

Shah Alam, 3 Mac 2021 - Rangkaian penyeludup rokok kini lebih licik apabila menggunakan kenderaan mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Vellfire dalam proses penghantaran rokok di seluruh negara bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Sindiket terbabit menggunakan kereta ‘piang' mewah iaitu istilah bagi kenderaan yang sedang dalam proses ditarik pihak bank kerana gagal membayar ansuran bulanan.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, kegiatan haram rangkaian terbabit terbongkar hasil operasi yang dijalankan pihaknya di seluruh negara pada tahun 2019 dan 2020.

Menurutnya, kereta mewah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu menjadi pilihan sindiket bagi mempercepatkan proses penghantaran rokok.

"Kereta mewah ini mempunyai enjin berkuasa tinggi serta boleh dimuatkan dengan jumlah karton rokok yang banyak bagi kenderaan pelbagai guna selain sukar dikesan," katanya.

Tuan Muhammad memberitahu, siasatan awal mendapati, kegiatan penyeludupan rokok itu dilakukan secara sistematik dengan sentiasa mengkaji kaedah kemasukan rokok tidak bercukai di dalam negara dan laluan yang akan digunakan mereka.

"Sindiket ini membayar upah seludup rokok kepada transporter kenderaan mewah sehingga RM1,000 untuk sekali penghantaran.

"Mereka juga menggunakan kereta biasa seperti Proton Wira dan upah transporter sehingga RM500 bagi setiap perjalanan. Kereta ini biasanya digunakan untuk penyeludupan dan pengedaran di kawasan kampung atau luar bandar," ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person, car and text that says 'Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB Sindiket penyeludupan upah transporter sehingga RM1,000 untuk setiap perjalana
May be an image of standing, car and text that says 'Kereta mewah angkut rokok Penyeludup RANGKAIAN penyeludup rokok lebih apabila guna BMW, menggunakan ke
ArticlePublished 03 Mar 2021 4.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM