Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Unit Berkuda Fru Relevan Sesuai Jaga Sempadan Negara Bukit Aman

Published: 15 Jan 2021 8.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 - Penempatan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu penugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis adalah relevan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-unit-berkuda-fru-relevan-sesuai-jaga-sempadan-negara-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:57 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 - Penempatan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu penugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis adalah relevan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara.

Ini bukan kali pertama pasukan berkuda ditugaskan di kawasan sempadan itu, malah mereka telah ditempatkan di situ sejak 1995, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar.

Beliau berkata, kawasan di sempadan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi dan sesuai untuk Unit Berkuda ini digerakkan, terutama di kawasan yang tidak sesuai untuk dilalui kenderaan.

“Peranan Unit Berkuda adalah sebagai elemen sokongan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan memberi fokus kepada langkah-langkah pencegahan penyeludupan di kawasan yang bersesuaian seperti di jalan-jalan keselamatan yang mempunyai kawasan lapang dan perumahan antara sempadan Malaysia-Thailand.

“Posisi anggota Unit Berkuda berada dalam ketinggian kira-kira 10 kaki ketika berada di atas kuda, memudahkan anggota untuk mengesan sebarang pergerakan yang mencurigakan dari kawasan perumahan yang berada di seberang sempadan”, katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922145

Sumber: 
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Unit Berkuda Fru Relevan Sesuai Jaga Sempadan Negara Bukit Aman

ArticlePublished 15 Jan 2021 8.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM