Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Tiada Kompromi Aktiviti Tukar Barang Lintas Sungai Golok Akan Dikenakan Tindakan Undang Undang
Pasir Mas, 20 Februari 2021 - Walaupun diberi amaran keras supaya berhenti aktiviti tukar barang menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik mengguna...
Pasir Mas, 20 Februari 2021 - Walaupun diberi amaran keras supaya berhenti aktiviti tukar barang menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik menggunakan tali merentangi Sungai Golok, masih ada yang keras kepala dan berani melakukan aktiviti tersebut.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, aktiviti itu dikesan masih berlaku oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika pemantauan menerusi dron.
Selepas ini tiada lagi kompromi kata beliau, dan jika tertangkap, individu terlibat dengan aktiviti tukar barang itu bakal berdepan tindakan undang-undang.
“Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh anggota PGA bagi memastikan aktiviti tersebut tidak lagi dilakukan penduduk setempat.
“Jika dibiarkan kita bimbang jika ada yang mengambil kesempatan meletakkan barang-barang salah seperti dadah dan sebagainya menggunakan kaedah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia Online
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
