Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Polis Marin Rampas Pelbagai Barangan Seludup Bernilai Rm29 8 Juta
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata antara barangan yang s...
Kuala Lumpur, 16 Januari 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) menyita pelbagai barang seludup dianggarkan bernilai RM29.8 juta sepanjang tahun 2020 yang membabitkan 407 kes.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata antara barangan yang sering diseludup masuk ke negara ini ialah minuman keras dan rokok pelbagai jenama.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas juga, PPM telah menahan seramai 230 individu yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan di seluruh negara.
“Tangkapan berkenaan meliputi (tindakan dan penguatkuasaan) daripada pelbagai sudut undang-undang yang berkaitan antaranya (melibatkan) Akta Kastam (1967), Akta Kawalan Bekalan (1961) dan Akta Racun (1952),” katanya kepada Bernama baru-baru ini, di Bukit Aman, di sini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922578
Sumber:
BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN