Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pga Tahan Wanita Rampas Pokok Hiasan Bernilai Rm102 900

Published: 17 Jan 2021 12.03 PM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Kota Bharu, 17 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menahan seorang wanita dan merampas pokok hiasan bernilai RM102,900 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi berhampiran pangkalan haram Jeram Perdah 1, dekat Pasir Mas, malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-pga-tahan-wanita-rampas-pokok-hiasan-bernilai-rm102-900
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT

Kota Bharu, 17 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menahan seorang wanita dan merampas pokok hiasan bernilai RM102,900 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi berhampiran pangkalan haram Jeram Perdah 1, dekat Pasir Mas, malam semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion ke-9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata wanita berusia 46 tahun itu ditahan pada kira-kira 8 malam ketika berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memuatkan puluhan bungkusan pokok hiasan.

“Pasukan PGA yang membuat risikan di sempadan ternampak kenderaan itu memasuki pangkalan haram di tebing Sungai Golok berkenaan pada kira-kira 7.30 malam dan semasa membuat intipan, anggota PGA ternampak sebuah bot dari arah negara jiran menghampiri pangkalan itu.

“Beberapa lelaki kemudian dilihat memindahkan bungkusan dari dalam kenderaan tersebut ke atas bot namun bertindak melarikan diri dengan menaiki bot itu dan memecut ke arah negara jiran apabila menyedari kehadiran anggota PGA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922842

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pga Tahan Wanita Rampas Pokok Hiasan Bernilai Rm102 900
ArticlePublished 17 Jan 2021 12.03 PMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM