
Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Kpn Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid 19
Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer...
Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, di sini petang tadi.
Program anjuran Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Klinik Kesihatan Kuala Lumpur itu adalah sebagai menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara rasmi bermula pada 24 Februari lalu.
Turut menerima suntikan tadi ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kassim dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din.
Prosedur suntikan vaksin COVID-19 ke atas Tan Sri Abdul Hamid telah dilakukan oleh Jururawat Kesihatan, Puan Syuhaida Sulur manakala bagi barisan Pengarah PDRM, ia dilaksanakan oleh Jururawat Kesihatan, Puan Anita Mat Zin.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh Pakar Singh, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Titiwangsa, Dr. Suliana Mohamad Shuib, Ketua Klinik, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Dr. Baizury Bashah, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Puan Hajah Norashikin Abdul Razak dan para pegawai kanan PDRM.
Semalam, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani telah menerima suntikan vaksin jenis sama di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya bersama ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Foto: SM Zaiddin Dahalan, Konstabel Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhd Khairul Hilmi Zaini.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 oleh Jururawat Kesihatan, Puan Syuhaida Sulur.
Ketibaan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador diiringi oleh Pengarah Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh Pakar Singh bersama Ketua Klinik Parlimen, Datuk Dr. Murugesu Raju.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador membuat saringan gejala dan suhu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador melakukan pendaftaran kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mendengar taklimat oleh Ketua Klinik Parlimen, Datuk Dr. Murugesu Raju.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani borang persetujuan suntikan vaksin.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memegang plakad #KitaMestiMenang sebagai simbolik beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Pucuk Pimpinan PDRM bergambar kenangan.