Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Potong Giliran Boleh Didenda Dan Dipenjara

Diterbitkan: 03 Mar 2021 2.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 4 Mac 2021 - Individu yang memotong giliran bagi mendapatkan vaksin lebih awal dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berdepan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-potong-giliran-boleh-didenda-dan-dipenjara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:27 MYT

Putrajaya, 4 Mac 2021 - Individu yang memotong giliran bagi mendapatkan vaksin lebih awal dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berdepan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, penguatkuasaan akan dibuat mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.

Beliau berkata, pihaknya boleh menggunakan Seksyen 31 yang memberi punca kuasa untuk pengenaan penalti mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan dalam akta berkenaan.

"Peraturan bawah subseksyen baharu ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan dalam Akta 342 menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

"Kita ada Seksyen 21A yang dipanggil peruntukan baharu, (memberi) kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan, memboleh-kannya mengeluarkan apa-apa cara, cara yang hendak dibuat.

"Sebagai contoh, seseorang dijadualkan mengambil pelalian tetapi mereka tidak datang (tanpa alasan munasabah) atau kita sudah beri nama untuk mendapat suntikan pada tarikh tertentu tetapi dia tiba-tiba potong giliran," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 03 Mar 2021 2.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM