Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Suami Isteri Pjj Tetap Perlu Kebenaran Polis Untuk Bertemu

Published: 27 Jan 2021 7.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Mulai hari ini, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-suami-isteri-pjj-tetap-perlu-kebenaran-polis-untuk-bertemu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:08 MYT
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Mulai hari ini, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelmarin, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu, namun pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan, tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, semalam.

Bagaimanapun, Dato' Sri Ismail Sabri menasihati mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Penularan COVID-19 Pasangan jarak jauh dibenar rentas negeri disebabkan bekerja
ArticlePublished 27 Jan 2021 7.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM