Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus

Published: 16 Jan 2021 2.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Kelantan menempatkan anggotanya yang tidak beruniform di semua ‘lorong-lorong tikus’ di jajahan tersebut bagi memastikan tiada pembolosan berlaku menerusi aktiviti rentas negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-kelantan-tempatkan-anggota-tanpa-uniform-buat-sekatan-di-semua-lorong-tikus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:24 MYT

Pasir Puteh, 16 Januari 2021 - Polis Kelantan menempatkan anggotanya yang tidak beruniform di semua ‘lorong-lorong tikus’ di jajahan tersebut bagi memastikan tiada pembolosan berlaku menerusi aktiviti rentas negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai hari ini.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata, pasukan khas yang diketuai oleh seorang pegawai itu turut diwujudkan untuk melakukan sekatan di sepanjang ‘lorong-lorong tikus’ terbabit bagi mengekang aktiviti rentas negeri.

"Kita sudah mengenal pasti semua ‘lorong-lorong tikus’ itu.

"Selain itu, kita turut mendapat kerjasama daripada Polis Kontinjen Terengganu menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut yang telah membuat sekatan jalan raya (SJR) di pintu masuk ke negeri ini menerusi Besut," katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau SJR di Bukit Yong, di sini, pada Jumaat.

Katanya, Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang melanggar peraturan tersebut tanpa sebarang kompromi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus

ArticlePublished 16 Jan 2021 2.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM