Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Ikut Garis Panduan Baharu Kompaun Sop

Diterbitkan: 01 May 2021 3.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 – Semua Ketua Polis Negeri perlu mengikuti garis panduan baharu sebelum mengeluarkan kompaun maksimum terhadap mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-ikut-garis-panduan-baharu-kompaun-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:22 MYT

Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 – Semua Ketua Polis Negeri perlu mengikuti garis panduan baharu sebelum mengeluarkan kompaun maksimum terhadap mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 27 April lalu, bagi menjelaskan kompaun yang wajar dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap aktiviti perniagaan kecil.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, yang menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Polis Negara, semalam, berkata antara aktiviti perniagaan kecil adalah peniaga dan penjaja di tepi jalan, berniaga di depan rumah dan peniaga kedai makanan.

"Bagi mana-mana kesalahan perniagaan kecil yang beroperasi lebih masa, pihaknya boleh menawarkan kompaun RM2,000 dan saya akan mengarahkan semua Ketua Polis Negeri, untuk mengikuti garis panduan baru ini.

"Sebelum ini, anggota polis yang mengeluarkan kompaun hanya menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang dan garis panduan yang ada. Namun, kami tidak menolak kemungkinan beberapa anggota terkhilaf mentafsirkan garis panduan tersebut. Oleh itu, arahan baru ini harus membuatkan semuanya lebih jelas," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 01 May 2021 3.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM