Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Natijah Lupa Adab Sopan Di Media Sosial

Diterbitkan: 23 Feb 2021 9.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Media sosial menjadi medium baharu dalam penyampaian maklumat kerana kemampuan menyampaikannya lebih cepat dan pantas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-natijah-lupa-adab-sopan-di-media-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:07 MYT
Media sosial menjadi medium baharu dalam penyampaian maklumat kerana kemampuan menyampaikannya lebih cepat dan pantas.

Sehingga Januari 2020, pengguna aktif laman media sosial di negara ini mencecah 81 peratus daripada keseluruhan rakyat. Segala maklumat seperti berita, gambar dan video boleh dikongsi hingga mampu menjadi viral sekelip mata.

Namun, dalam keghairahan pengguna media sosial berkongsi maklumat, ramai lupa adab dan sopan. Apabila ada perkongsian viral di media sosial, ada terus memberi komentar tanpa menyelidik kesahihannya.

Jika perkongsian kurang disenangi, kecaman dan kata kesat dilemparkan. Ini boleh menyebabkan ramai hilang rasa hormat, begitu juga antara sesama bangsa atau kaum. Ia boleh merosakkan keharmonian dalam masyarakat.

Ironinya, inilah sering terjadi. Media adab, sopan di media sosial sosial bertukar menjadi medan pertengkaran dan pertelingkahan. Orang bersetuju akan terus menyokong, tetapi yang menolak akan terus membantah.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2021 9.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM