Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Masyarakat Masih Sukar Amal Penjarakan Fizikal
Kuala Lumpur, 25 Januari 2021 - Isu penjarakan fizikal yang menjadi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 dilihat masih sukar diamalkan dalam kalangan masyarakat.
Mengakui perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada tempat sememangnya sukar mengamalkan penjarakan fizikal sehingga berisiko memperluaskan jangkitan wabak.
Walaupun rata-rata masyarakat memakai pelitup muka, beliau berkata, langkah itu masih tidak memadai.
"Berdasarkan kajian Universiti Teknologi MARA, hampir 95 peratus rakyat patuh SOP bagi pemakaian pelitup muka.
"Kementerian Kesihatan Malaysia berpendapat pelitup muka semata-mata tanpa penjarakan fizikal tidak mencukupi. Kita lihat kebanyakan tempat seperti restoran contohnya, penjarakan fizikal tiada, lnilah paling bahaya.
"Setakat ini, pemakaian pelitup muka nampak jelas dan kita lihat rakyat mula menukar cara hidup dengan lebih berdisiplin, contohnya seperti tunduk hormat bagi mengelak berjabat tangan atau yang mengelakkan sentuhan.
"Isunya ialah penjarakan fizikal kerana mereka yakin jika pakai mask (pelitup muka) dan berdekatan antara satu sama lain adalah tidak berisiko,” katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.
Sumber:
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
