Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Malaysia Ketat Kawalan Putuskan Rantaian Wabak

Published: 12 Jan 2021 1.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 12 Januari 2021 - Tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari ini adalah masa kritikal buat rakyat Malaysia bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin serius.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-malaysia-ketat-kawalan-putuskan-rantaian-wabak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT

Putrajaya, 12 Januari 2021 - Tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari ini adalah masa kritikal buat rakyat Malaysia bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin serius.

Ke arah mencapai matlamat tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan langkah pencegahan yang lebih tegas melalui pelaksanaan tiga kawalan pergerakan.

Tan Sri Muhyiddin berkata, menerusi kawalan pergerakan tersebut, semua penduduk di seluruh negara tidak dibenarkan merentas negeri yang berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

"Tempoh dua minggu yang datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh negara.

"Semua kebebasan yang kita korbankan ini - terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah dan kesukaran untuk melakukan aktiviti sosial di luar akan mampu menyelamatkan nyawa kita semua," kata beliau.

Selain tidak boleh rentas negeri, negeri-negeri yang dikenakan PKP juga tidak dibenarkan rentas daerah kecuali bergerak dalam radius 10 kilometer di kawasan masing-masing bagi membeli barang keperluan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Enam negeri dikuatkuasakan PKP, enam lagi PKPB Malaysia ketat kawalan MUHYIDDIN Perutusan Khas mengenai langka
ArticlePublished 12 Jan 2021 1.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM