Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Direman Keluar Kata Kesat Kepada Polis

Published: 21 Jan 2021 2.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 21 Januari 2021 - Berang disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar, seorang penghantar barang direman sehari selepas ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-direman-keluar-kata-kesat-kepada-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT
Kangar, 21 Januari 2021 - Berang disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar, seorang penghantar barang direman sehari selepas ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Dato Wan Ahmad, di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, SJR itu dilakukan oleh polis dan anggota JPJ sempena Op COVID-19.

"Ketika penugasan sedang dilakukan, suspek yang memandu kereta Perodua Kancil didapati tidak memakai tali pinggang keledar sebelum diarah memberhentikan kenderaannya. Anggota JPJ kemudian mengeluarkan notis saman atas kesalahan dilakukan suspek”, katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 21 Jan 2021 2.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM