Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Larangan Tersemat Kebaikan

Published: 05 May 2021 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ramadan tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Suka atau tidak, ia tetap akan berlalu pergi. Kini, umat Islam berada pada fasa ketiga Ramadan iaitu 10 hari terakhir yang menjadi saat paling getir bagi seluruh umat Islam sebelum memasuki bulan baharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-larangan-tersemat-kebaikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT
Ramadan tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Suka atau tidak, ia tetap akan berlalu pergi. Kini, umat Islam berada pada fasa ketiga Ramadan iaitu 10 hari terakhir yang menjadi saat paling getir bagi seluruh umat Islam sebelum memasuki bulan baharu.
 
Hal ini kerana di dalam fasa ini terdapat satu malam yang dikurniakan oleh Allah SWT yang ganjarannya lebih baik daripada 1,000 bulan untuk setiap umat Nabi Muhammad SAW iaitu Lailatulqadar atau malam Al-Qadar sebagaimana firman Allah SWT: "Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar. Dan sudahkan kamu tahu apakah malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada (mana-mana) 1,000 bulan." (Surah Al-Qadar: ayat 1-3).

Di saat pengakhiran Ramadan ini juga, boleh dikatakan semua umat Islam khasnya di Malaysia bersiap sedia menyambut Aidilfitri. Ada yang menempah pakaian atau baju raya, ada yang melengkapkan rumah dengan perhiasan baharu, ada yang sibuk membeli atau menyediakan kuih raya dan lain-lain, yang tidak lain tidak bukan untuk menyambut lebaran.

Budaya ini terus berlaku dan berulang saban tahun apabila bulan Syawal menjelma. Begitu juga tidak terlepas bagi anak-anak yang berada di perantauan dengan budaya pulang ke kampung untuk berhari raya bersama sanak saudara.

Namun, jika dilihat konteks semasa sekarang ini, kes COVID-19 di Malaysia masih tinggi, masih tidak kelihatan trend menurun yang melegakan. Rentetan daripada itu, maka pihak pemerintah melarang aktiviti rentas negeri untuk menyambut hari raya nanti.

Ikuti rencana berkaitan Larangan Tersemat Kebaikan oleh pensyarah, Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka, Encik Nor Asree Mohd Noh.

Sumber:

May be an image of 1 person and text that says 'HALANGAN PULANG BERHARI RAYA Larangan tersemat kebaikan lagi ketiga POLIS R adalah Walaupun semua orang sed
ArticlePublished 05 May 2021 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM