Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Polis Jika Ada Ingkar Sop

Published: 08 Feb 2021 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 8 Februari 2021 - Polis memberi amaran kepada semua individu, tidak kira artis, selebriti mahupun orang biasa yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis yang melibatkan kehadiran ramai akan diambil tindakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-lapor-polis-jika-ada-ingkar-sop
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Petaling Jaya, 8 Februari 2021 - Polis memberi amaran kepada semua individu, tidak kira artis, selebriti mahupun orang biasa yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis yang melibatkan kehadiran ramai akan diambil tindakan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, sekiranya masyarakat mendapati terdapat individu yang melanggar SOP tersebut, mereka boleh membuat laporan.

"Sesiapa pun tidak boleh mengadakan sebarang majlis seperti pertunangan atau sambutan hari lahir ketika negara sedang melaksanakan PKP. Jika mahu bernikah pun terdapat jumlah kehadiran ditetapkan mengikut jabatan agama negeri masing-masing.

"Sebarang majlis juga perlu merujuk kepada SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika ada pihak yang langgar SOP, sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Sekiranya terkesan berlaku sebarang perlanggaran atau salah laku SOP PKP oleh mana-mana individu di kawasan anda, maklumat / aduan boleh disalurkan kepada mana-mana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) / Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Balai Polis terdekat bagi tindakan lanjut pihak polis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

28,874
People Reached
2,123
Engagements
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Polis Jika Ada Ingkar Sop
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Polis Jika Ada Ingkar Sop
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Polis Jika Ada Ingkar Sop
481481
179 Comments
26 Shares
 
Like
 
 
 
Comment
 
 
Share
 
 
ArticlePublished 08 Feb 2021 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM