Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kpn Harap 50 Peratus Anggota Pdrm Disuntik Vaksin Fasa 1

Published: 03 Mar 2021 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berharap 50 peratus anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kpn-harap-50-peratus-anggota-pdrm-disuntik-vaksin-fasa-1
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berharap 50 peratus anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama.

Menurutnya, setakat ini seramai 27,000 pegawai dan anggota dari lima negeri disenaraikan dalam fasa pertama bagi menerima suntikan imunisasi COVID-19 dan masih menunggu senarai daripada sembilan negeri lagi.

"Saya baharu sahaja menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini (Selasa). Alhamdulilah prosesnya mudah, senang dan suntikan tidak menimbulkan rasa sakit pada badan.
"Saya perlu tunjukkan satu contoh kepada anak buah saya dan saya dengar ada kumpulan yang masih ragu-ragu.

“Jadi, proses yang saya terima menunjukkan bahawa saya sebagai ketua dalam Pasukan, tiada apa yang patut diragukan," katanya kepada pemberita.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.


No photo description available.
ArticlePublished 03 Mar 2021 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM