Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Hormati Fatwa Vaksin Covid 19

Published: 14 Feb 2021 2.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 14 Februari 2021 - Umat Islam diseru menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin COVID-19, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-hormati-fatwa-vaksin-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Putrajaya, 14 Februari 2021 - Umat Islam diseru menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin COVID-19, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah.

Beliau berkata, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif membincangkan isu itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-2/2021 yang bersidang kelmarin.

"Mesyuarat membuat keputusan bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember tahun lalu yang menetapkan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Keputusan ini adalah selari dengan dalil-dalil seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195 bermaksud: "Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)".

"Selain itu, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda 'Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain’," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.
Sumber: Utusan Malaysia


May be an image of text
ArticlePublished 14 Feb 2021 2.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM