Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Amaran Patah Balik Kompaun Rm1 000 Kpn

Diterbitkan: 11 Feb 2021 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 11 Februari 2021 - Tiada lagi budi bicara! Individu yang melanggar larangan merentas negeri akan diarah berpatah balik dan tetap didenda RM1,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-amaran-patah-balik-kompaun-rm1-000-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:34 MYT
Petaling Jaya, 11 Februari 2021 - Tiada lagi budi bicara! Individu yang melanggar larangan merentas negeri akan diarah berpatah balik dan tetap didenda RM1,000.

Itu penegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperketat bagi mengekang penularan COVID-19 terutama dalam tempoh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), SAC Tuan M.V Srikumar Madhavan Nair berkata, PDRM tidak akan berkompromi terhadap mereka yang merentas negeri tanpa alasan kukuh dan kebenaran polis dalam tempoh berkenaan.

Ini kerana, SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman masing-masing dan masih terpakai dalam musim perayaan itu.

Kata beliau, sebanyak 466 sekatan jalan raya (SJR) telah diadakan di seluruh negara melibatkan kawasan lebuh raya, sempadan negeri dan daerah.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 106 SJR didirikan di lebuh raya seluruh negara diikuti sempadan negeri (96) dan sempadan daerah (264)," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 11 Feb 2021 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM