Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Agong Seru Rakyat Patuh Sop

Diterbitkan: 20 Jan 2021 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Januari 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dukacita terhadap rakyat yang masih tidak peka dengan setiap tindak-tanduk harian khususnya berkenaan pematuhan disiplin amalan norma baharu serta kawalan kendiri bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-agong-seru-rakyat-patuh-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

Kuala Lumpur, 20 Januari 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dukacita terhadap rakyat yang masih tidak peka dengan setiap tindak-tanduk harian khususnya berkenaan pematuhan disiplin amalan norma baharu serta kawalan kendiri bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Seri Paduka Baginda antara lain menyeru seluruh rakyat di negara ini menzahirkan solidariti dan sokongan padu kepada petugas barisan hadapan selain berganding bahu, berdisiplin mematuhi semua perintah yang telah ditetapkan oleh kerajaan menerusi prosedur operasi standard (SOP).

Seri Paduka Baginda juga berharap agar para wira dan wirawati petugas barisan hadapan terus cekal dan tabah dalam memerangi gelombang ketika penularan pandemik COVID-19.

“Inilah masanya untuk kita sebagai warganegara dan rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bersama-sama mempamerkan semangat kesetiaan, kemanusiaan dan jati diri memerangi wabak COVID-19.

“Demi tugas, para wira dan wirawati negara ini bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, mereka juga terpaksa berjauhan dengan keluarga sejak penularan wabak ini. Mereka kini bukan sahaja letih memerah keringat tetapi juga keletihan mental,” titah Seri Paduka Baginda.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people
ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2021 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM