Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 32 Individu Kena Tahan Ingkar Sop

Diterbitkan: 17 Jan 2021 2.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2021 - Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari keempat semalam, masih ada yang ingkar larangan merentas negeri dan daerah apabila 32 individu ditahan atas kesalahan itu, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-32-individu-kena-tahan-ingkar-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT

Kuala Lumpur, 17 Januari 2021 - Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari keempat semalam, masih ada yang ingkar larangan merentas negeri dan daerah apabila 32 individu ditahan atas kesalahan itu, kelmarin.

Mereka adalah antara 472 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 457 dikenakan kompaun, manakala 15 lagi ditahan reman kerana melakukan pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP.

Katanya, kesalahan dikesan adalah tidak memakai pelitup muka sebanyak 182 kes, gagal menyediakan peralatan rekod butiran pelanggan (85 kes) dan premis beroperasi lebih masa.

"Polis turut mengesan 66 kesalahan premis beroperasi lebih masa dan beroperasi tanpa kebenaran, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65 kes) serta kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (32 kes) serta 42 lain-lain kes," katanya dalam kenyataan harian COVID-19, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Image may contain: one or more people and outdoor, text that says 'RM Ketua Polis Daerah Seberang Perai operasi standard Butterworth, semalam. Komisioner N
ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2021 2.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM