
Article
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 11 Lelaki Ditahan Polis Godam Sistem Komputer Kerajaan
Shah Alam, 19 Februari 2021 - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di selu...
Shah Alam, 19 Februari 2021 - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh negara, kelmarin.
Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang melakukan risikan dan intipan sejak minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 40 tahun, termasuk individu disyaki pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.
"Tangkapan dibuat berikutan kumpulan terbabit disyaki membuat ugutan serta ancaman untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Setakat ini, enam laporan polis diterima di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam, di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.