Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kemas Kini Sop Rentas Negeri Daerah

Published: 09 May 2021 11.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2021 - Polis sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) pergerakan rentas negeri dan daerah termasuk sama ada memadai menggunakan surat majikan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti dilaksanakan sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-kemas-kini-sop-rentas-negeri-daerah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT

Kuala Lumpur, 9 Mei 2021 - Polis sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) pergerakan rentas negeri dan daerah termasuk sama ada memadai menggunakan surat majikan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti dilaksanakan sebelum ini.

Ia susulan arahan kerajaan supaya aktiviti berkenaan dilarang jika tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bermula esok hingga 6 Jun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, SOP itu termasuk keperluan kebenaran daripada polis, jika individu mempunyai surat majikan atau kebenaran MITI untuk pergerakan terbabit.

"Kerajaan umum pergerakan negeri dan daerah mulai esok hingga awal Jun ini di seluruh negara perlu ada kebenaran polis.

"Kita sedang bincang SOP perkara itu, kerana arahan baru dikeluarkan semalam.
"Persoalan sama ada memadai guna surat majikan dan MITI untuk aktiviti itu antara perkara dibangkitkan," katanya pada BH, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kemas-kini-sop...

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 09 May 2021 11.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM