Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kawal Ketat Vaksin Covid 19 Dari Penghantaran Penyimpanan Dan Pengedaran Kpn

Published: 19 Feb 2021 2.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 - Kawalan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap vaksin COVID-19 yang dijadualkan tiba Ahad ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dilakukan semaksimum mungkin bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-polis-kawal-ketat-vaksin-covid-19-dari-penghantaran-penyimpanan-dan-pengedaran-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 - Kawalan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap vaksin COVID-19 yang dijadualkan tiba Ahad ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dilakukan semaksimum mungkin bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini.

PDRM pada masa ini bersiap-sedia untuk melakukan penugasan membabitkan proses penghantaran vaksin dari KLIA ke stor simpanan di Subang sebelum diedarkan ke empat lagi lokasi simpanan lain di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, walaupun pihaknya tidak menerima maklumat berhubung cubaan untuk mensabotaj sewaktu proses penghantaran, penyimpanan dan pengedaran dibuat, setiap pegawai dan anggota kini berada dalam tahap siap sedia.

"Kita mengambil kira semua perkara-perkara luar jangkaan, kemungkinan ada orang sakit jiwa yang cuba nak melakukan rampasan masa dalam perjalanan atau yang paling saya bimbangkan sekali sekiranya berlaku kemalangan semasa proses membawa vaksin ini sekali gus menyebabkan ia rosak dan tidak dapat digunakan.

"Harus diingat, vaksin ini bukannya murah dan saya mengambil kira bahawa ia tidak boleh dibeli dengan serta-merta dan proses mendapatkannya adalah sukar kerana negara perlu melalui proses membuat tempahan untuk mendapatkannya dan sekiranya rosak negara akan mengalami kerugian itulah sebabnya PDRM amat berjaga-jaga," katanya ketika ditemui BH hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kawal-ketat-vaksin...

Sumber: Abdul Hamid Bador dan

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Kawal Ketat Vaksin Covid 19 Dari Penghantaran Penyimpanan Dan Pengedaran Kpn
ArticlePublished 19 Feb 2021 2.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM