Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Peniaga Boleh Pohon Surat Kebenaran Perjalanan Sekali Sahaja

Diterbitkan: 16 Jan 2021 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Jelasnya, ia merupakan antara pembaharuan pihak polis dalam menambah baik ketetapan prosedur permohonan surat itu pada PKP kali kedua ini, berbanding pelaksanaan perintah itu pada tahun lepas dan sekali gus memudahkan pergerakan masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-peniaga-boleh-pohon-surat-kebenaran-perjalanan-sekali-sahaja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:33 MYT
Kota Bharu, 16 Januari 2021 - Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran, kata Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat.

Beliau berkata, pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Januari ini, di negeri berkenaan.

Jelasnya, ia merupakan antara pembaharuan pihak polis dalam menambah baik ketetapan prosedur permohonan surat itu pada PKP kali kedua ini, berbanding pelaksanaan perintah itu pada tahun lepas dan sekali gus memudahkan pergerakan masyarakat.

“Mereka tidak perlu lagi datang ke balai polis dua atau tiga kali untuk dapatkan surat kebenaran bekerja seperti PKP sebelum ini. Sekarang, cuma datang sekali ke balai polis dan mohon satu surat kebenaran sahaja untuk digunakan hingga berakhir PKP,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Pekan dekat sini, tengah malam tadi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922524
Sumber:
BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2021 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM